Jumaat, 25 Februari 2011

Bubuk menyerang Bintulu

Pernahkah kita mendengar sebutan 'bubuk' di semenanjung?
Setahu saya bubuk adalah ulat/serangga di dalam kayu.

Di sini,panggilan bubuk adalah sinonim dengan penduduk setempat....atau dengan kata lain...geragau bagi panggilan di tempat sendiri..

Musim bubuk telah bermula.Ada yang mengatakan belacan Bintulu yg paling terkenal dikalangan penggemar belacan atau cencaluk.Saya pun kurang pasti krana tidaklah terlalu obses dengan belacan. Tapi, itulah trademark Bintulu seperti kata-kata org di sini dan bukannya Bintulu itu lebih terkenal dengan MLNG atau Petronas atau Shell dsbnya.
orang luar yg dtg ke mari,pasti mendapatkan hasil pembuatan bubuk di pasar tamu yang bentuk bangunannya seperti terendak yg biasa digunakan oleh petani.

Petang tadi sempat juga melihat para penggemar bubuk mennggu nelayan dengan setia di tamu.Walaupun ptg ini harga segantang bubuk rm15, mereka masih menunggu lagi spaya harga itu turun lagi.Seperti biasa apabila permintaan melebihi penawaran, harga agak sukar utk diturunkan.Rata-rata pelanggan tidak dpt mengurangkan harga walaupun berlaku proses tawar menawar.

Tidak ketinggaln juga ibu saya sendiri,melhat senario seakan pesta ini
bersama ayah.Yelah,di tempat kami sendiri tidak berpeluang melihatnya.Ibu mengambil kesempatan mempelajari proses pembuatan belacan dan cencaluk walaupun beliau tidak makan makanan laut.Sekadar menambah ilmu di perantauan.Komen penduduk di sini,hasil yg di'molah' ibu saya sedap rasanye.

kalau ada kesempatan,saya akan mengambil beberapa keping gambar semasa senario ini berlaku kerana ianya bermusim....seperti pembuatan lemang di tempat saya N.Sembilan ketika Hari Raya Puasa.Tidak sah kiranya tiap rumah itu tidak membuat lemang.Seakan satu pesta juga di sini.Jadi, musim ini juga pesta lalat.

Bagi yg tidak menjaga kebersihan,bubuk dijemur sambil lalat menghampirinya. Maka,terlekatlah telur2 lalat di bubuk tersebut sebagai perasa tambahan jika pembuat bubuk tidak membuangnya.
Kalau mereka menutup dengan tudung saji atau sebarang alat utk mengelak kedatangan lalat,maka bersihlah bubuk drpd telur lalat.

Cuma, kebanyakannya menjemur bubuk tanpa menutup sebarang alat.....
Kalau di daerah Klang, tempat yg sinonim dgn bubuk ini ialah Sementa.Diberitahu oleh penduduk setempat, belacan Sementa mmg terkenal...Saya pun hanya mendengar kerana saya tidak nampak org menjemur bubuk.Mungkin kekurangan bubuk di Sementa menyebabkan permintaan penggemar belacan tidak dapat dipenuhi.

Berbalik di Bintulu,apabila musim bubuk tiba, maka terbitlah bau2 yg kadangkala sedap dihidu dan kadangkala kurang enak juga.Kebetulan Bintulu adalah kawasan tepi laut, antara mata pencarian pendduk asal adalah nelayan.Tapi hanya 10peratus saja,yg selebihnya byk menumpukan pd aktiviti petroleum atau lebih bagus di sebut MLNG.Penanaman kelapa sawit makin bertambah bg ladang2 srta aktiviti pembalakan antara punca pendapatan mereka.

Rata-rata Bintulu dipenuhi oleh org luar yg dtg utk mencari rezki
tk kiralah dari Sibu,Kuching,Miri atau bahagian lain di Sarawak.Penduduk dari Semenanjung atau lebih dikenali 'org Malaya' juga tidak ketinggaln mencari rezki di sini.Kebiasaannya,org dari Semenanjung dtg atas arahan majikan.Amat jarang sekali mereka ingin dtg ke sini.

Yelah,rata2 penduduk negeri ini byk yg tidak mahu pulang menabur bakti ke negeri mereka sendiri atas byk faktor.Selepas mereka belajar di pusat pengajian tinggi di KL, mereka lebih suka bekerja di KL atau tempat lain.Entahlah kenapa ye! Kalaulah mereka pulang semula ke Bumi Kenyalang ini, blhlah saya dan org Semenanjung yang lain pulang. Blh juga kami menabur bakti di tempat sendiri....membangunkan negeri sendiri dan membantu ekonomi negeri.Bilalah agaknya ye...!hihi!

Bak kata pepatah'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri,Sedap Lagi Di Negeri Sendiri'. Batu pun batulah yeee...hihi.
Cuma,berfikiran positif,'Jauh Perjalanan,Luas Pengalaman'.Jauh sekali niat kami juga utk mengutip hasil Bumi Sarawak di bawa ke tempat kami.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa org Semenanjung perlu menggunakn pasport terhad utk masuk ke Sarawak.Had maximum yg blh digunakan ialah 3 bulan melainkan mereka bekerja sbg penjawat awam di sini,maka unlimited.Tidak seperti org Sarawak blh masuk ke Semenanjung hanya menggunakan IC biasa.Jadi,Sesiapa yg masuk ke negeri ini,hendaklah menyimpan satu kertas kecil yg diberikan oleh imegresen sesampai sahaja kita mendarat di Bumi Allah ini ye...Kalau hilang maka menjadi satu kesusahan kpd kita kerana byk prosedur yg perlu kita jalani jika hilang 'kerts' tersebut.Nasihat saya lbh baik buat pasport terhad yg berharga rm5 itu jika ingin memasuki negeri ini.

Mengapa ini berlaku? Kerana telah termaktub di dalam perjanjian semasa Sarawak join Malaya....itu antara syarat yg mereka persetujui...

Pembelian aset rumah juga berbeza.di sini tidak ada pegangan bebas atau atau 99tahun.difahamkan Sarawak hanya 60thn,perlu renew selepas itu dgn sejumlah amaun yg telah ditetpkan oleh kerjn Sarwak walaupun pembeli itu adalah org negeri ini.Org Malaya blh beli,tapi selepas pencen jika masih menetap di sini perlu keluar dr Swk setiap 3 bulan sekali dan masuk semula ke negeri ini.TIdak ramai org Malaya yg berjaya dlm permohonan utk mendptk status tetap.

Yg paling saya kasihankan ialah pakcik2 Semenanjung yg dtg membuka bandar Bintulu atas arahan majikan berulang alik ke imegresen berkenaan status 'tetap'.kalau dh lebih 20 thn di sini,mesti merka dh beli aset.Ramai juga yg menjual aset mereka di sini jika mereka ingin pulang ke Malaya.Harga rumah di sini sentiasa naik.dptlah mereka sedikt profit utk membina hidup baru di tanahair sendiri.Itulah yg saya katakan tadi,jauh perjalanan luas pemandangan.Namun,jika takut dilanda ombak,jgn berumah di tepi pantai...
Fikir-fikirkanlah buat renungan semua....kalau ada pandangan tentg perkara ini amat2lah di alu2kan.Mungkin ada sebarg maklumat yg perlu diperbetulkan,silalah inform juga buat tatapan semua...
Terima Kasih Daun Keladi.

Penghargaan...

Terima kasih buat komen yg tlh diberi....buat masa ni agenda awal tahun menyebabkan alpa pada blog.telah lama tidak menulis....belum ada cerita yang dirasakn menarik....tidak cukup isi barangkali...apapun, sebarang teguran, cadangan ataupun komen dialukan tidak kira sesiapa...silakanlah ye...