Selasa, 25 Oktober 2011

Twisting time....to make better decision..

Selama mendiamkan diri...sibuk dengan kerja,famili..seterusnya kesihatan saya..terfikir menukarkan fikiran ini ke arah lain yang lebih brmotivasi..saya perlu lakukan sesuatu yang boleh menceriakan hidup saya iaitu....tupperware...

Sebelum ni saya memeang pengguna tw tapi tidak pula terfikir untuk menjadi ahli...sekarang saya sudah menjadi star consultant.Sedikit sebanyak dapat menukar persepsi saya ataupun melupakan sebentar tentang kesakitan agar saya dapat melakukan sesuatu tindakan yang lebih positif.

Tanpa ragu-ragu saya akan maju ke depan...

Khamis, 21 April 2011

Ada cara lebih mudah buat belacan moden...Begini...

Bubuk dikeluarkan daripada beg plastik.Bagus sekali kalau kita simpan dalam bekas yang berlubang halus atau berjaring.Buang dulu anak2 ikan mcm ikan ikan bilis atau anak ketam dalam bubuk tersebut.Cuma bubuk di sini amat bersih,cantik kerana jarang berjumpa item2 yang disebutkan tadi. Saya alirkan air paip sikit pada bubuk sebagai syarat mencuci.Ada orang tak cuci kerana hilanglah masin laut pada bubuk itu.Terpulanglah pada iindividu.Garam dan gula digaul bersama.Nisbah garam gula ikut sesedap rasa.Jagn masin sgtla..Jangan lupa sedikit tepung sagu.Utk apa tpg sagu,tk sempat nak tanya makcik tadi...nantilah saya tanya.nasib baik ada ambil no.telefon dia.Pastu toskan airnya sampai tak menitik.


Keringkan bubuk di dalam kuali. Inilah yang saya katakan belacan moden..
biasanya penduduk di sini menjemur di luar rumah mengharapakn panas terik matahari utk mengeringkannya.Tapi ibu saya menggunakan kuali sebagai 'matahari'nya kerana dia geli melihat lalat mengerumuni bubk yang dijemur walaupun ia di tutup. Jadi langkah yang selamat kering atas kuali atau oven.Lebih cepat, jimat masa dan lebih bersih.Rasanya?cubalah dulu...

Bila dah agak kering, salinlah ke dalam bekas lain.Ulangi langkah mengeringkan bubuk di dalam kuali sehingga habis.Kalau diamati bubuk akan bertukar warna kemerahan sbb ia tlh masak.Time ni lalat pun dh tknk dtg sebab bubuk dh kering.


Bubuk yang telah kering boleh ditumbuk sehingga lumat.Nak guna blender kering pun blh...ikut suka...Kita yang buat...Saya beli lesung ni sebenarnya bukan nak buat belacan.Saja beli buat keng-kenangan barang sarawak.Kat KL mana ada.Beli pun yang kecil.Harganya RM40.Jenis kayu rasanya kayu belian.


Lesung ni kalau tk guna utk tumbuk bubuk pun blh...serbaguna...Bubuk yang telah ditumbuk blh dikeringkan di dalam oven atau kuali lagi.Dah kering,tumbuk lagi.Pastu kering lagi dan tumbuk.Lama2 ia akan jadi kemerahan bila langkah ini diulangi 3kali kering dan 3 kali tumbuk.Camtulah kata makcik tadi...

Sebelum ni,dh pernah buat...mak sayalah yang buat.Mak akan simpan dalam bekas plastik buat jeli atau bekas simpan kek yg orang kawin selalu bagi kita ole2 tu...nanti saya akan upload gambarnya.bekas ni ada byk size.Yang penting kata mak,ia ada tutup.senang nak simpan.Mak buat belacan,tapi dia tk makan pun...sebab dia allergic makanan laut...

Begitulah caranya....kalau ada cara lain,infolah...blh bertukar idea...
TK.

Jom belajar buat belacan...


He he he....kali ni teringin belajar buat belacan bila ramai yang bertanya sama ada kita dah beli bubuk ke belum? Yelah,tk lah minat sgt atau penggermar setia belacan..tapi tiba2 ingin mencuba...


Jadi.....saya pun ke pasar mencari bubuk sekitar jam 2 petang.Memang ramai penjual dan pembeli di sana.Kali ni harganya RM6 segantang.Bagi orang yang tak biasa membeli macam saya ni rasa murah sebab sebelum ni saya pernah membeli dengan harga RM20 segantang.Kalau 3 gantang d berapa?

Terus ambil 3 beg plastik yang beratnya dua gantang tiap beg plastik.RM6 darab 6 jumlahnya RM36.Kesian,mintak tawar RM35 jer...Sukur walaupun dapat kurang seringgit.Yelah, bukan senang pencari bubuk mencari rezki...

Sempat juga saya bertanya bagaimana pembuatan belacan atau cencaluk pada bakal pembeli di sana.Atas apa yang di ajar saya pun terus pulang ke rumah..dalam kereta dah bau udang..ermm...sedap betul bau dia.Mujur masa saya bertanya dengan mak cik tadi (orang bintulu baie) yang tinggal di Kg.Asyakirin, suami telah membantu saya mengangkat 6 gantang bubuk utk dimasukkan ke dalam kereta...berat nak agkat..Terima kasih..

Sabtu, 9 April 2011

Hati seorang ibu

"Saya tk dpt bawa Cikgu",kata salah seorang murid di dalam kelasku.Lantas aku bertanya,"Kenapa?'.
"Mak saya tk ada duit nak beli...."jelasnya.ada tanda kehampaan di matanya kerana awal-awal lagi sudah tahu dia tk dpt memenuhi permintaanku sebagai gurunya...


Mukanya terus berubah,kerut dikeningnya juga kelihatan...tanda kecewa.
Bagaimana caranya utk menceriakan kembali muridku ini?Dalam tawanya terselit satu perasaan yg tk dpt kugambarkan...Bagaimanalah seorang budak berumur 10 tahun memhami keperitan hidup keluarganya....


Terus aku bersyukur ke hadrat Ilahi...sekurang-kurangnya anak2ku tidak sepertinya...(bersambung)

Jumaat, 25 Februari 2011

Bubuk menyerang Bintulu

Pernahkah kita mendengar sebutan 'bubuk' di semenanjung?
Setahu saya bubuk adalah ulat/serangga di dalam kayu.

Di sini,panggilan bubuk adalah sinonim dengan penduduk setempat....atau dengan kata lain...geragau bagi panggilan di tempat sendiri..

Musim bubuk telah bermula.Ada yang mengatakan belacan Bintulu yg paling terkenal dikalangan penggemar belacan atau cencaluk.Saya pun kurang pasti krana tidaklah terlalu obses dengan belacan. Tapi, itulah trademark Bintulu seperti kata-kata org di sini dan bukannya Bintulu itu lebih terkenal dengan MLNG atau Petronas atau Shell dsbnya.
orang luar yg dtg ke mari,pasti mendapatkan hasil pembuatan bubuk di pasar tamu yang bentuk bangunannya seperti terendak yg biasa digunakan oleh petani.

Petang tadi sempat juga melihat para penggemar bubuk mennggu nelayan dengan setia di tamu.Walaupun ptg ini harga segantang bubuk rm15, mereka masih menunggu lagi spaya harga itu turun lagi.Seperti biasa apabila permintaan melebihi penawaran, harga agak sukar utk diturunkan.Rata-rata pelanggan tidak dpt mengurangkan harga walaupun berlaku proses tawar menawar.

Tidak ketinggaln juga ibu saya sendiri,melhat senario seakan pesta ini
bersama ayah.Yelah,di tempat kami sendiri tidak berpeluang melihatnya.Ibu mengambil kesempatan mempelajari proses pembuatan belacan dan cencaluk walaupun beliau tidak makan makanan laut.Sekadar menambah ilmu di perantauan.Komen penduduk di sini,hasil yg di'molah' ibu saya sedap rasanye.

kalau ada kesempatan,saya akan mengambil beberapa keping gambar semasa senario ini berlaku kerana ianya bermusim....seperti pembuatan lemang di tempat saya N.Sembilan ketika Hari Raya Puasa.Tidak sah kiranya tiap rumah itu tidak membuat lemang.Seakan satu pesta juga di sini.Jadi, musim ini juga pesta lalat.

Bagi yg tidak menjaga kebersihan,bubuk dijemur sambil lalat menghampirinya. Maka,terlekatlah telur2 lalat di bubuk tersebut sebagai perasa tambahan jika pembuat bubuk tidak membuangnya.
Kalau mereka menutup dengan tudung saji atau sebarang alat utk mengelak kedatangan lalat,maka bersihlah bubuk drpd telur lalat.

Cuma, kebanyakannya menjemur bubuk tanpa menutup sebarang alat.....
Kalau di daerah Klang, tempat yg sinonim dgn bubuk ini ialah Sementa.Diberitahu oleh penduduk setempat, belacan Sementa mmg terkenal...Saya pun hanya mendengar kerana saya tidak nampak org menjemur bubuk.Mungkin kekurangan bubuk di Sementa menyebabkan permintaan penggemar belacan tidak dapat dipenuhi.

Berbalik di Bintulu,apabila musim bubuk tiba, maka terbitlah bau2 yg kadangkala sedap dihidu dan kadangkala kurang enak juga.Kebetulan Bintulu adalah kawasan tepi laut, antara mata pencarian pendduk asal adalah nelayan.Tapi hanya 10peratus saja,yg selebihnya byk menumpukan pd aktiviti petroleum atau lebih bagus di sebut MLNG.Penanaman kelapa sawit makin bertambah bg ladang2 srta aktiviti pembalakan antara punca pendapatan mereka.

Rata-rata Bintulu dipenuhi oleh org luar yg dtg utk mencari rezki
tk kiralah dari Sibu,Kuching,Miri atau bahagian lain di Sarawak.Penduduk dari Semenanjung atau lebih dikenali 'org Malaya' juga tidak ketinggaln mencari rezki di sini.Kebiasaannya,org dari Semenanjung dtg atas arahan majikan.Amat jarang sekali mereka ingin dtg ke sini.

Yelah,rata2 penduduk negeri ini byk yg tidak mahu pulang menabur bakti ke negeri mereka sendiri atas byk faktor.Selepas mereka belajar di pusat pengajian tinggi di KL, mereka lebih suka bekerja di KL atau tempat lain.Entahlah kenapa ye! Kalaulah mereka pulang semula ke Bumi Kenyalang ini, blhlah saya dan org Semenanjung yang lain pulang. Blh juga kami menabur bakti di tempat sendiri....membangunkan negeri sendiri dan membantu ekonomi negeri.Bilalah agaknya ye...!hihi!

Bak kata pepatah'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri,Sedap Lagi Di Negeri Sendiri'. Batu pun batulah yeee...hihi.
Cuma,berfikiran positif,'Jauh Perjalanan,Luas Pengalaman'.Jauh sekali niat kami juga utk mengutip hasil Bumi Sarawak di bawa ke tempat kami.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa org Semenanjung perlu menggunakn pasport terhad utk masuk ke Sarawak.Had maximum yg blh digunakan ialah 3 bulan melainkan mereka bekerja sbg penjawat awam di sini,maka unlimited.Tidak seperti org Sarawak blh masuk ke Semenanjung hanya menggunakan IC biasa.Jadi,Sesiapa yg masuk ke negeri ini,hendaklah menyimpan satu kertas kecil yg diberikan oleh imegresen sesampai sahaja kita mendarat di Bumi Allah ini ye...Kalau hilang maka menjadi satu kesusahan kpd kita kerana byk prosedur yg perlu kita jalani jika hilang 'kerts' tersebut.Nasihat saya lbh baik buat pasport terhad yg berharga rm5 itu jika ingin memasuki negeri ini.

Mengapa ini berlaku? Kerana telah termaktub di dalam perjanjian semasa Sarawak join Malaya....itu antara syarat yg mereka persetujui...

Pembelian aset rumah juga berbeza.di sini tidak ada pegangan bebas atau atau 99tahun.difahamkan Sarawak hanya 60thn,perlu renew selepas itu dgn sejumlah amaun yg telah ditetpkan oleh kerjn Sarwak walaupun pembeli itu adalah org negeri ini.Org Malaya blh beli,tapi selepas pencen jika masih menetap di sini perlu keluar dr Swk setiap 3 bulan sekali dan masuk semula ke negeri ini.TIdak ramai org Malaya yg berjaya dlm permohonan utk mendptk status tetap.

Yg paling saya kasihankan ialah pakcik2 Semenanjung yg dtg membuka bandar Bintulu atas arahan majikan berulang alik ke imegresen berkenaan status 'tetap'.kalau dh lebih 20 thn di sini,mesti merka dh beli aset.Ramai juga yg menjual aset mereka di sini jika mereka ingin pulang ke Malaya.Harga rumah di sini sentiasa naik.dptlah mereka sedikt profit utk membina hidup baru di tanahair sendiri.Itulah yg saya katakan tadi,jauh perjalanan luas pemandangan.Namun,jika takut dilanda ombak,jgn berumah di tepi pantai...
Fikir-fikirkanlah buat renungan semua....kalau ada pandangan tentg perkara ini amat2lah di alu2kan.Mungkin ada sebarg maklumat yg perlu diperbetulkan,silalah inform juga buat tatapan semua...
Terima Kasih Daun Keladi.

Penghargaan...

Terima kasih buat komen yg tlh diberi....buat masa ni agenda awal tahun menyebabkan alpa pada blog.telah lama tidak menulis....belum ada cerita yang dirasakn menarik....tidak cukup isi barangkali...apapun, sebarang teguran, cadangan ataupun komen dialukan tidak kira sesiapa...silakanlah ye...