Isnin, 8 September 2014

Bumi Malaya

Alhamdulillah.. Akhirnya saya telah berada di Bumi Malaya sejak 2013... Saya sekarang mengajar di salah sebuah sekolah dalam daerah Kuala Pilah,N.Sembilan. disinilah aku dilahirkan..pulang untuk berbakti kepada daerah sendiri.. Lain sekali kenikmatan yang kurasakan.. Tahun pertama aku akui byk yang mengejutkan diriku....tempat sendiri tetapi asing bagi diriku malah ank2 serta suami.Tetapi apakan daya,kami perlu pulang jua ke sini walaupun aku telah punya aset di Bintulu,Sarawak.Dalam 6 bulan pertama kami rasakan satu kesilapan besar kami pulang ke sini.Pemberontakan jiwa berlaku pada anak anak malah aku sendiri..Seolah olah kami berada di tempat baru.. Ya Allah...kekuatan yang ada hampir melemahkan semangat ku di sini.. Kini....bermula 2014...kami mulakan azam baru...jika dulu di bintulu kami blh menerima dan diterima kenapa tidak di sini tempat sendiri.Sedikit demi sedikit kami belajar...dan akhirnya hinggalah sekarang masih di sini. Aku juga mula membeli aset di Seremban bekal hari tua.. adakala berulang dr seremban adakala tinggal di rmh org tuaku di daerah yg sama..Cume kami perlu bertolak seawal jam 5.30 pagi utk sampai awal...tambahan pula kelemahan ku rabun ayam... Tahun ini aku byk habiskan masa pada sukan hoki sekolah,latihan pusat daerah hinggalah ke peringkat negeri..Alhamdulillah..KP CONQUER JOHAN MSSNS 2014...berkat usaha semua.Cume aku berehat sebentar untuk MSSM bg memberi tumpuan pada anakku yg bakal menduduki UPSR esok.. Kita telah berusaha..semua guru juga begitu..skrg terpulangla pada dirinya..Emak doakan Ihsan berjaya..Aminn. Khamis ini bermulalah latihan hoki U11 peringkat sekolah.Menang atau kalah itu perkara kedua..yang penting semua pemain diberi latihan yang cukup dan juga mengikut kemampuanku.Siapalah aku...dr zero hoki..belahar pada sesiapa sahaja yang boleh membantuku selain internet..coach2 spt Firdaus,Ros,Zul,Liza,Wan dan paling penting PT kami ustaz Amin..terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan kerana kalianlah aku berdiri... bagi pihak pengurusan sekolah...terima kasih kerana memberi kepercayaanku untuk membimbing murid perempuan sekolah ini.. Selagi kalian percaya selagi itulah aku ada.. sekian untuk entri kali ini.. Maafkan aku kerana sepi beberapa tahun..