Ahad, 26 Disember 2010

(siri 2) kali pertama melangkah ke pusara nendaku....

Bagaimana harus ku cari?Berapa banyak pusara di situ?Siapakah yang paling baik menjadi rujukanku tika ini?Terus aku hubungi abah untuk menyelesaikan masalah ku ini...

Abah begitu terkejut sekali bila dia mendapat tahu aku ke sana.Daripada maklumat yang aku perolehi, aku membuat satu telahan.yang paling dekat adalah pusara nendaku yang ku panggil 'emak'.Emak pergi ketika itu aku berada di dalam keadaan yang begitu rumit.Allah menguji kesabaran dan keimanan aku waktu itu.Secara tiba-tiba pula emak pergi pada 12 Jun 2010 (Sabtu).Tarikh aku bersalin secara ceasearean pula telah ditetapkan pada 15 Jun.Sudah pasti aku tidak lepas untuk pulang ke sana.Jadi selepas pulang kali kedua ke semenanjung barulah aku berjaya menguatkan semangat utk menemui emak.

Berkenaan dengan pusara emak,sahlah ia berada di depanku sahaja.begitu mudah mencarinya walaupun sebelum ini memang aku cuba mengelak bila sesiapa saja bercerita tentang pusara emak.Jadi,aku seperti orang yang telah lama tidak berjumpa dengan emak bercerita bermacam-macam perkara kepadanya sambil air mata ini terus terusan mengalir deras tanpa kusedari.Kalau orang melihat mungkin menganggap aku ni tidak waras.Aku bercakap dengan emak seolah aku tahu dia mendengar segalanya.Emak seperti mendengar celotehku itu.Cerita hidup diperantaun,anak lelakiku yang lahir selepas 3 hari emak pergi ke rahmatullah serta apa saja yang terlintas di fikiranku.

Selepas penat aku bercerita dengannya, barulah aku sedar bahawa di depanku bukan nenda yang selalunyer ku panggil emak, tetapi hanyalah sebuah pusara.
Terus saja aku beristighfar seorang diri memujuk diri menegaskan bahawa mak telah pergi......Sekali lagi air mataku mengalir laju....Biarlah org nak kata aku gila.Segala yang terpendam kuluahkan waktu itu.Selepas enam bulan barulah aku dapat menerima kehilangannyer.terus kuhadiahkannyer surah al-fatihah.

'Ampunkan ina mak.Bukan ina taknak balik.ina tahu mak paling sayangkan ina'.Di kalangan cucu aku adalah cucu sulung walaupun pada awalnya nendaku membantah perkahwinan abah dan ibuku secara keras waktu itu.Semuanya berubah selepas aku lahir ke dunia.Daripada marah timbul sayang.Yelah,Allah penentu segalanyer.kita hanya merancang.Aku juga dapat rasakan cucu2 yang lain ada yang berkecil hati, cuma mereka membatukan diri.

'Mak,waktu mak meninggal secara tiba2.Tidak sampai 24 jam ina dapat tahu mak sakit, terus mak pergi selamanya.ina tak dapat bayangkan waktu itu.waktu mak dihosptal pun mak dah tknak bercakap dengan ina.hajat utk melihat muka buat kali terakhir juga tidak kesampaian walaupun ina dah berpesan ketika itu pada maklang,tolong ambil gambar mak.Apakan daya....dalam waktu singkat itu mak telah pergi.Kali terakhir ina menatap wajah mak pada cuti bulan mac.Allah penentu segalanyer.Kata org tua2 mereka dah tahu jika hendak meninggal.mungkin sebab itu mak tknak bercakap dgn ina di telefon'.

'Entahlah mak.selepas ini mungkin blog ini menjadi tempat utk ina melahkan segala yang terbuku di hati selain Allah tempat mengadu.akhir kata,ina tak tahu lagi bila dapat melawat pusara mak.ina juga taktahu bila akan pulang lagi.Ampunkan ina mak.'

aku pergi mencari pusara atuk pula.selepas lapan tahun,barlah aku berani mencarinyer.tidak jauh dari situ.tempatnyer begitu redup.Betul2 berada di bawah pokok besar.perkara yang sama kulakukan.bercerita kepadanya seperti dia di depan mataku.Sekali lagi,akhirnya baru ku sedar.Atuk yang ku panggil abah telah pergi.....
Al-fatihah buatnya...

'ina dah duk sarawak.tak selalu balik.dulu bukan ina tknak datang.ina tetap rasa abah masih ada sebab mak masih ada. Tapi bila mak abah dah takde,baru ina rasa sedar rumah itu tidak ceria lagi.telah hilang gelak tawa serta peluk mesra.Rumah itu telah suram.Seperti suramnya hati ina di sini.Keceriaan rumah itu telah lenyap selepas mak meninggal.Kebun limau, pucuk manis,jagung,pokok koko, tebu serta kolam ikan dah tak ade lagi.Ada yang telah menjadi tanaman getah....Keadaan rumah juga telah berbeza mengikut perubahan masa.

apa yang tidak berubah ialah ina tetap sayang mak dan abah.InsyaAllah,ina akan datang melawat lagi bila ina pulang ke semenanjung....doakan kejayaan serta kebahagiaan rumahtangga ina....

barulah aku merasa seperti sesuatu yang berat dikepala menjadi ringan.Seperti membuka genggaman tangan melepaskan sesuatu.......
aku meninggalkan kawasan itu dengan ucapan salam pada semuanya.aku berasa bahagia tika aku di sana.penghuni2 di sana seperti mengenaliku.tidak timbul rasa gerun.hanya ketenangan dan kedamaian yang kurasakn....

Buat pembaca blog ini,hadiahkanlah al-fatihah buat mereka.Sayangilah orang yang anda sayang sebelum mereka atau kita sendiri yang pergi.....ajal maut di tangan Tuhan.....Moga Allah mencucuri rahmat ke atas orang2 yang telah pergi.....AMIINNNN.....

Sabtu, 25 Disember 2010

Kali pertama melangkah kaki ke pusara nendaku di kg.bukit perah,batu kikir.(siri 1)

Entah mengapa pagi itu 19 Disember 2010,aku tiba2 teringin sangat menziarahi pusara nenda2ku.Walhal sebelum ini aku seperti cuba mengelak untuk pergi ke sana.Mungkinkah aku sudah bersedia.Ya!Aku sudah bersedia menerima pemergiannya.Dan sebagai membuktikan yang diri ini sudah bersedia,aku memang ingin ke sana secara tiba2.Mungkin kerana aku pun tidak pasti bila aku akan pulang daripada perantauan.Sejak sekian kalinya,inilah yang pertama kali aku ingin menjejaki kawasan perkuburan itu....

Dengan kebenaran abah,aku meminjam kereta waja NBL 3423 barang seketika tanpa abah tahu ke mana arah tujuanku...Kalaulah ibu tahu aku ingin memandu,pasti aku dihalang.Jadi,aku pergi tanpa pengetahuannya.Seorang ibu mesti ada sebab tertentu mengapa dia berbuat demikian.Sebagai seorang anak pula pasti dia melakukan sesuatu perkara tanpa kebenaran ibunya dengan bersebab juga.

Aku memandu dengan bacaan bismillah dengan harapan niatku ini tiada sebarang halangan sepanjang perjalanan.Sepanjang perjalanan itu jugalah aku bermonolog dengan nendaku bahawa aku ingin menziarahinya di sana.tika itu juga aku tidak sedar air mataku berlinangan.Seolah-olah baru hari ini nenda2ku pergi ke rahmatullah.Walhal mereka telah lama pergi mengadap Ilahi.

Alhamdulillah, tempat yang ingin dituju telahpun berada di depan mata.Aku memasuki kawasan tanah perkuburan itu dengan ucapan salam buat penghuni di situ.Cuaca ketika itu begitu redup,manakala angin lembut turut menyapaku seolah-olah kedatanganku ini disambut mesra.Tika itu apa yang bermain difikiran hanyalah mencari di mana pusara nendaku tanpa rasa takut walaupun aku berseorangan saja.Kali pertama ini aku tidak ingin ditemani oleh sesiapa walaupun ibu saudaraku tidak jauh dari situ.Biarlah aku pergi seorang diri.

Rabu, 8 Disember 2010

KAMPUNGKU AYER DEDALI, BATU KIKIR,NEGERI SEMBILAN.


Batu Kikir Jambatan Bosi.....kampungku...he he...Balik ke sana sekejap.Melihat perubahan yang berlaku.Yelah tempat jatuh lagi dikenang.Inikan pula tempat bermain.

Bagiku,waktu kanak-kanak yang paling best(waktu dikampungla).Bukan apa,nenek dan atuk yang kupanggil mak dan abah bagi jer kalau aku nak 'explore' kawasan kampung.Lagi best kalau ader kekawan kat saner.Panjat pokok manggis,mangga,rambutan. Pastu makan kat atas pokok.Org di bawah.Budak2 yag lebih kecik dariku,tunggu jer kat bawah.Dah kenyang,baru jatuhkan ke bawah.Selalu yang kena sepupuku Ija(Mohd.Yuzalmar) n the geng.Sebabnyer yang kaki panjat sebaya dgnku.He he...

Yelah,nak buat apalagi kalau cuti sekolah.Netbook pun tkde inikan komputer.PS2lah,Astrolah,Tuisyenlah....macam2 lagi sekarang.Setakat anak katak dalam perigi,siput sungai,kail ikan,mengoca,main baling selipar,lintah,pacat yang ade.Satu lagi yag dh takde kt kampungku,sawah padi.

Dulu,bangun pagi jer terus makan nasi yang mak(nenek) tinggalkan dlm termos utk sarapan pagi.Dah makan terus berkojar ko dopan poi main lumpur kek sawah.Lari2 kek bateh sawah tu sambil tangan mendepa supaya kena kat pokok padi.Siapla kena calar2.Dah letih, kacau mak(nenek) abah(atuk)kat situ.Menanm,menyabit,membanting raser gakla.Cumer satu benda yang mmg tak lulus sampai sekarang buat serunai guna batang padi.Time tu sume sedara mara blk kg tolong sekali.yg duk kl sumer blk.Aku tukang menyibuk jer...
Las skali mengoca.wah....paling bes time tulah.Kalau cite kat anak sendiri pun tak tau.Time tu dpt byk udang sungai.Kalau ikan yg berani tangkap ikan haruan jer.Puyu
dan sembilang tk berani,takut luka.

Sekarang dh tkde.Dh jadi dusun buah dan tanaman getah.Bonda(parit) pun dh sabun sebab tkde air lagi.Dulu saujana mata memandang.Kobau berkubang pun tkdo lai.dulu bukak yo tingkap bilik mak,nampak kobau berkobang.kiro eh,itu mmg port kobaula.selagi tkpueh tk blkla kobau2 tu.

Dulu mak abah ado.NI jam dh padam dah.Rumah pun dh tk borsoghi.Suram yo,walaupun ado org tunggu situ.Nak blk pun tk semangat.Lepas enam bulan barulah aku blk.sobab eh,time nenek meninggal,den tkdo.diam kek sarawak.lopeh tu,tgh sarat.Nenek meninggal hari sabtu.Den bersalin lepas 3 hari.Bukan tk blk raya,balik.....Tapi blm raso lai nk blk kg time tu.....

Byk lagi pengalamn time budak2.Tk semua diberitahu.Skit2 jela.Masing2 ader pengalamn yg manis masam pahit.Oh....bari ingat .Mengikut kata mak abah,aku menunggu jenazah moyangku di rumah sorang2 kt rumah tu sebab dia org nak panggil org kampung dan sedara mara. Aku tunggu sampai malam.Time tu maner ade talipon.Aku tunggu dalam keadaan gelap.Mak kata,aku duk jer sebelah jenazah....Kalau nak test sekarg entah berani entah tak....he he...

Byk betul perubahan yg berlaku.Ade yg anak2 zaman sekarang tk dpt merasai apa yg kita alami dulu.Yelah tiap penghijrahan memerlukan pengorbanan.....Catatan ini dibuat supaya anak2 zaman sekarg dpt sedikit info.Masa berlalu begitu pantas.Pejam celikk dah 32 tahun berlalu.Agaknyer ape jer yg tinggal kalau kita dah berumur 50tahun?Masih terdenagr lagi ke suara ungka di hutan?
erm.....

Khamis, 28 Oktober 2010

Antara keperluan dan kehendak....

DAH LAMA TIDAK MENULIS BLOG INI...HARI INI TERINGAT SATU PERKARA YANG SELALU BERMAIN DIFIKIRAN SETIAP MANUSIA IAITU KEPERUAN DAN KEHENDAK.

APA BEZA ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK?

KEPERLUAN ADALAH PERKARA YANG MESTI ADA BAGI TIAP MANUSIA SEPERTI MAKANAN, PAKAIAN SERTA TEMPAT TINGGAL..ASALKAN APER YANG ADER DAH CUKUP.

KEHENDAK PULA ADALAH PELENGKAP KEPERLUAN....SEPERTI MAKANAN YANG SEDAP...PAKAIAN YANG CANTIK....TEMPAT TINGGAL YANG LEBIH SELESA....BUKAN ITU SAHAJA...DALAM KEHENDAK ADER KEINGINAN MANUSIA YANG TAK PERNAH SELESAI.

MANUSIA ITU SENTIASA INGINKAN YANG LEBIH BAGUS LAGI SELEPAS MENCAPAI SATU TAHAP.IA SENTIASA BERUSAHA MENCAPAI APA YANG DIA INGINKAN.

CONTOH?
DARI RUMAH KECIL KE RUMAH BESAR,DARI GAJI SERIBU KE PULUHAN RIBU,DARI SPM KE PHD,DARI KERANI KE PENGURUS..

ADAKAH ITU DIPANGGIL KEMAJUAN?APA YANG BAGUS?
SELAGI KITA HIDUP, PERLULAH BERUSAHA BERUBAH MENJADI SESUATU YANG LEBIH BAIK....PERLU DIINGAT,SETIAP ANJAKAN ITU PERLU DILIHAT DARI PELBAGAI ASPEK...ANTARANYA,KELUARGA,MASYARAKAT DAN AGAMA.

MUDAH BERKATA...BAGAIMANA DENGAN PELAKSANAANNYA?
TEPUK DADA TANYALAH SELERA....

Sabtu, 25 September 2010

Anak Abah jerrr.............

Puteri Qurratul Aini,anakku yang sorang tu...hmmmm...ikut jer mane abah dia pergi.Lepas adiknye lahir Ahmad Farid pada 15 June 2010,terus Aini lekat kat hubby.Kata orang tua-tua,dia mencari seseorang yang menjadi tempat untuk bermanjaerrr.
Aku?
Si Farid senantiasa ada. yelah,baby lagi.Dia macam tau2 jer kalau aku pegang aini.....mulalah nangis minta diambil...jealous betul..mcm dia sorang jer ader mak.
Anak2 yang lain?
Nasib baik diorang faham...alhamdulillah...apapun, mak sayang sume tau...
Abahnyer pun mak sayang tau....