Ahad, 26 Disember 2010

(siri 2) kali pertama melangkah ke pusara nendaku....

Bagaimana harus ku cari?Berapa banyak pusara di situ?Siapakah yang paling baik menjadi rujukanku tika ini?Terus aku hubungi abah untuk menyelesaikan masalah ku ini...

Abah begitu terkejut sekali bila dia mendapat tahu aku ke sana.Daripada maklumat yang aku perolehi, aku membuat satu telahan.yang paling dekat adalah pusara nendaku yang ku panggil 'emak'.Emak pergi ketika itu aku berada di dalam keadaan yang begitu rumit.Allah menguji kesabaran dan keimanan aku waktu itu.Secara tiba-tiba pula emak pergi pada 12 Jun 2010 (Sabtu).Tarikh aku bersalin secara ceasearean pula telah ditetapkan pada 15 Jun.Sudah pasti aku tidak lepas untuk pulang ke sana.Jadi selepas pulang kali kedua ke semenanjung barulah aku berjaya menguatkan semangat utk menemui emak.

Berkenaan dengan pusara emak,sahlah ia berada di depanku sahaja.begitu mudah mencarinya walaupun sebelum ini memang aku cuba mengelak bila sesiapa saja bercerita tentang pusara emak.Jadi,aku seperti orang yang telah lama tidak berjumpa dengan emak bercerita bermacam-macam perkara kepadanya sambil air mata ini terus terusan mengalir deras tanpa kusedari.Kalau orang melihat mungkin menganggap aku ni tidak waras.Aku bercakap dengan emak seolah aku tahu dia mendengar segalanya.Emak seperti mendengar celotehku itu.Cerita hidup diperantaun,anak lelakiku yang lahir selepas 3 hari emak pergi ke rahmatullah serta apa saja yang terlintas di fikiranku.

Selepas penat aku bercerita dengannya, barulah aku sedar bahawa di depanku bukan nenda yang selalunyer ku panggil emak, tetapi hanyalah sebuah pusara.
Terus saja aku beristighfar seorang diri memujuk diri menegaskan bahawa mak telah pergi......Sekali lagi air mataku mengalir laju....Biarlah org nak kata aku gila.Segala yang terpendam kuluahkan waktu itu.Selepas enam bulan barulah aku dapat menerima kehilangannyer.terus kuhadiahkannyer surah al-fatihah.

'Ampunkan ina mak.Bukan ina taknak balik.ina tahu mak paling sayangkan ina'.Di kalangan cucu aku adalah cucu sulung walaupun pada awalnya nendaku membantah perkahwinan abah dan ibuku secara keras waktu itu.Semuanya berubah selepas aku lahir ke dunia.Daripada marah timbul sayang.Yelah,Allah penentu segalanyer.kita hanya merancang.Aku juga dapat rasakan cucu2 yang lain ada yang berkecil hati, cuma mereka membatukan diri.

'Mak,waktu mak meninggal secara tiba2.Tidak sampai 24 jam ina dapat tahu mak sakit, terus mak pergi selamanya.ina tak dapat bayangkan waktu itu.waktu mak dihosptal pun mak dah tknak bercakap dengan ina.hajat utk melihat muka buat kali terakhir juga tidak kesampaian walaupun ina dah berpesan ketika itu pada maklang,tolong ambil gambar mak.Apakan daya....dalam waktu singkat itu mak telah pergi.Kali terakhir ina menatap wajah mak pada cuti bulan mac.Allah penentu segalanyer.Kata org tua2 mereka dah tahu jika hendak meninggal.mungkin sebab itu mak tknak bercakap dgn ina di telefon'.

'Entahlah mak.selepas ini mungkin blog ini menjadi tempat utk ina melahkan segala yang terbuku di hati selain Allah tempat mengadu.akhir kata,ina tak tahu lagi bila dapat melawat pusara mak.ina juga taktahu bila akan pulang lagi.Ampunkan ina mak.'

aku pergi mencari pusara atuk pula.selepas lapan tahun,barlah aku berani mencarinyer.tidak jauh dari situ.tempatnyer begitu redup.Betul2 berada di bawah pokok besar.perkara yang sama kulakukan.bercerita kepadanya seperti dia di depan mataku.Sekali lagi,akhirnya baru ku sedar.Atuk yang ku panggil abah telah pergi.....
Al-fatihah buatnya...

'ina dah duk sarawak.tak selalu balik.dulu bukan ina tknak datang.ina tetap rasa abah masih ada sebab mak masih ada. Tapi bila mak abah dah takde,baru ina rasa sedar rumah itu tidak ceria lagi.telah hilang gelak tawa serta peluk mesra.Rumah itu telah suram.Seperti suramnya hati ina di sini.Keceriaan rumah itu telah lenyap selepas mak meninggal.Kebun limau, pucuk manis,jagung,pokok koko, tebu serta kolam ikan dah tak ade lagi.Ada yang telah menjadi tanaman getah....Keadaan rumah juga telah berbeza mengikut perubahan masa.

apa yang tidak berubah ialah ina tetap sayang mak dan abah.InsyaAllah,ina akan datang melawat lagi bila ina pulang ke semenanjung....doakan kejayaan serta kebahagiaan rumahtangga ina....

barulah aku merasa seperti sesuatu yang berat dikepala menjadi ringan.Seperti membuka genggaman tangan melepaskan sesuatu.......
aku meninggalkan kawasan itu dengan ucapan salam pada semuanya.aku berasa bahagia tika aku di sana.penghuni2 di sana seperti mengenaliku.tidak timbul rasa gerun.hanya ketenangan dan kedamaian yang kurasakn....

Buat pembaca blog ini,hadiahkanlah al-fatihah buat mereka.Sayangilah orang yang anda sayang sebelum mereka atau kita sendiri yang pergi.....ajal maut di tangan Tuhan.....Moga Allah mencucuri rahmat ke atas orang2 yang telah pergi.....AMIINNNN.....

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah Ina, you are finally accepting the present state of mind about the passing of both your Mak & Abah - who were our Pak Lang & Mak Lang.

    I was at the house the night just after jenazah was brought back from KL. Dari muka arwah, dia tenang dan nampak seperti seseorang yang sedang tidur dengan lena.

    Whenever you are back di Semenanjung, ziarahlah pusara mereka. Dan ziarah juga kaum keluarga buat merapatkan tali silaturahim. Keluarga kita tidak lah sebesar mana, so it's best we keep the family together, berkenalan & akrab antara satu sama lain. Alhamdulillah dengan ada nya social networking chanels like FB & blogs, kita dapat bertinjau sapa walaupun tidak berkesempatan bertemu muka.

    I'll drop by here from time to time - to take a peek on you. Take care dear, and wishing you a Happy New Year and a great 2011.

    Mak Ngah Ida :)

    BalasPadam