Sabtu, 25 Disember 2010

Kali pertama melangkah kaki ke pusara nendaku di kg.bukit perah,batu kikir.(siri 1)

Entah mengapa pagi itu 19 Disember 2010,aku tiba2 teringin sangat menziarahi pusara nenda2ku.Walhal sebelum ini aku seperti cuba mengelak untuk pergi ke sana.Mungkinkah aku sudah bersedia.Ya!Aku sudah bersedia menerima pemergiannya.Dan sebagai membuktikan yang diri ini sudah bersedia,aku memang ingin ke sana secara tiba2.Mungkin kerana aku pun tidak pasti bila aku akan pulang daripada perantauan.Sejak sekian kalinya,inilah yang pertama kali aku ingin menjejaki kawasan perkuburan itu....

Dengan kebenaran abah,aku meminjam kereta waja NBL 3423 barang seketika tanpa abah tahu ke mana arah tujuanku...Kalaulah ibu tahu aku ingin memandu,pasti aku dihalang.Jadi,aku pergi tanpa pengetahuannya.Seorang ibu mesti ada sebab tertentu mengapa dia berbuat demikian.Sebagai seorang anak pula pasti dia melakukan sesuatu perkara tanpa kebenaran ibunya dengan bersebab juga.

Aku memandu dengan bacaan bismillah dengan harapan niatku ini tiada sebarang halangan sepanjang perjalanan.Sepanjang perjalanan itu jugalah aku bermonolog dengan nendaku bahawa aku ingin menziarahinya di sana.tika itu juga aku tidak sedar air mataku berlinangan.Seolah-olah baru hari ini nenda2ku pergi ke rahmatullah.Walhal mereka telah lama pergi mengadap Ilahi.

Alhamdulillah, tempat yang ingin dituju telahpun berada di depan mata.Aku memasuki kawasan tanah perkuburan itu dengan ucapan salam buat penghuni di situ.Cuaca ketika itu begitu redup,manakala angin lembut turut menyapaku seolah-olah kedatanganku ini disambut mesra.Tika itu apa yang bermain difikiran hanyalah mencari di mana pusara nendaku tanpa rasa takut walaupun aku berseorangan saja.Kali pertama ini aku tidak ingin ditemani oleh sesiapa walaupun ibu saudaraku tidak jauh dari situ.Biarlah aku pergi seorang diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan