Bubuk dikeluarkan daripada beg plastik.Bagus sekali kalau kita simpan dalam bekas yang berlubang halus atau berjaring.Buang dulu anak2 ikan mcm ikan ikan bilis atau anak ketam dalam bubuk tersebut.Cuma bubuk di sini amat bersih,cantik kerana jarang berjumpa item2 yang disebutkan tadi. Saya alirkan air paip sikit pada bubuk sebagai syarat mencuci.Ada orang tak cuci kerana hilanglah masin laut pada bubuk itu.Terpulanglah pada iindividu.Garam dan gula digaul bersama.Nisbah garam gula ikut sesedap rasa.Jagn masin sgtla..Jangan lupa sedikit tepung sagu.Utk apa tpg sagu,tk sempat nak tanya makcik tadi...nantilah saya tanya.nasib baik ada ambil no.telefon dia.Pastu toskan airnya sampai tak menitik.
Keringkan bubuk di dalam kuali. Inilah yang saya katakan belacan moden..
biasanya penduduk di sini menjemur di luar rumah mengharapakn panas terik matahari utk mengeringkannya.Tapi ibu saya menggunakan kuali sebagai 'matahari'nya kerana dia geli melihat lalat mengerumuni bubk yang dijemur walaupun ia di tutup. Jadi langkah yang selamat kering atas kuali atau oven.Lebih cepat, jimat masa dan lebih bersih.Rasanya?cubalah dulu...
Bila dah agak kering, salinlah ke dalam bekas lain.Ulangi langkah mengeringkan bubuk di dalam kuali sehingga habis.Kalau diamati bubuk akan bertukar warna kemerahan sbb ia tlh masak.Time ni lalat pun dh tknk dtg sebab bubuk dh kering.
Bubuk yang telah kering boleh ditumbuk sehingga lumat.Nak guna blender kering pun blh...ikut suka...Kita yang buat...Saya beli lesung ni sebenarnya bukan nak buat belacan.Saja beli buat keng-kenangan barang sarawak.Kat KL mana ada.Beli pun yang kecil.Harganya RM40.Jenis kayu rasanya kayu belian.
Lesung ni kalau tk guna utk tumbuk bubuk pun blh...serbaguna...Bubuk yang telah ditumbuk blh dikeringkan di dalam oven atau kuali lagi.Dah kering,tumbuk lagi.Pastu kering lagi dan tumbuk.Lama2 ia akan jadi kemerahan bila langkah ini diulangi 3kali kering dan 3 kali tumbuk.Camtulah kata makcik tadi...
Sebelum ni,dh pernah buat...mak sayalah yang buat.Mak akan simpan dalam bekas plastik buat jeli atau bekas simpan kek yg orang kawin selalu bagi kita ole2 tu...nanti saya akan upload gambarnya.bekas ni ada byk size.Yang penting kata mak,ia ada tutup.senang nak simpan.Mak buat belacan,tapi dia tk makan pun...sebab dia allergic makanan laut...
Begitulah caranya....kalau ada cara lain,infolah...blh bertukar idea...
TK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan